Wednesday, September 14, 2016

Split test merupakan salah satu strategi utk mncri iklan terbaik


Tahu tak..

Split test merupakan salah satu strategi utk mncri iklan mana yg plg berkesan dn plg efektif utk mempromosikan bisnes kita.

Utk permulaan, mmg ia mmkn kos yg agk besar.. Tapi lps da dpt tune atau da jumpa iklan mna plg berkesan... Haaa..

Mmg tkyah ckplah.. Senang2 je nak hasilkan untung yg besar..

Siyes...

Mula2 je susah.. Kena buat itu kena try ini.. Rugi sana.. Rugi sini.. Mula2 je.. Lepas tu senang ssgt! Baik susah skjap daripada susah je memanjang..

Faham tk fungsi split test ni..??

"Tak faham sifu.."

Okay, sy bg contoh..

Split test ni biasanya kita buat mengikut 5 komponen ni, dan biasanya kita buat mggunakan FB Ads.. Caranya..


1. GAMBAR

Ya, kita boleh split test gambar iklan kita.. Try and ekjas, tgk mana gambar plg menarik perhatian audiens..

"camne nk tahu gmbr tu ok ke tak?"

Bagus soalan tu.. Cek CTR anda, gmbr yg bgus ialah 10% ke atas..


2. HEADLINE

Ubah ayat headline anda, itu adalah tajuk atau ayat pertama yg dilihat oleh audiens anda.

Kalau ayat anda menarik, pasti dpt respons atau engagement.. Jika tiada respons, mungkin headline anda tidak begitu menarik.


3. CTA

Call to action, ayat yg digunakan utk memberi arahan pada audiens utk buat tindakan. Kalau komen takde, whatsapp tak masuk, pm pun takde..

Cek juga CTA anda, adakah CTA anda btul2 kuat? Ada SCARCITY? Ada URGENCY? Ada OFFER? Cek smula..


4. PLACEMENT

Dlm fbads, kita ada 4 jenis placement, Mobile, Dekstop, Sidebar, Instagram.. Insta mgkin boleh abaikan..

Jd cuba gunakan semua placement yg ada ni, lihat manakah yg plg berkesan utk bisnes anda. Setiap placement tu ada kelebihan dan kekurangannya.. Klu anda org bru, sranan SifuFBads, guna je mobile dulu..


5. AUDIENS

Tahu tak, apakah peranan paling pertama skali utk menarik perhatian audiens? Adakah gambar? Adakah Ayat headline? Bukan..

Perkara pertama ialah audiens, pastikan anda dptkan audiens yg betul2 targeted.. Kalau gmbar saja menarik, ayat headline power, tapi tak targeted... Pn tak boleh jugak..


Jd, kenal pasti audiens anda semula..

Nilah sebahagian split test yg anda boleh gunakan dlm FB Ads..


Ingat.. FB Ads ni hanyalah platform marketing yg digunakan utk tarik trafik utk bisnes anda..

Mmg FB Ads adalah snjata marketing yg plg cpt, mudah, murah dn pantas skrg ni..


Tp blum tentu skali buat terus jadi.. Perlu cuba dan cuba lagi.. Jgn buat skali da giveup, bru test skali tak jadi.. Terus kata fb tk bguslah, itulah.. inilah..

Jgn berhenti... Teruskan! Try and ekjas...!

Camne caranya???

Split test...

Buat sampai jadi..

Abu dah faham ke?

Tuesday, August 2, 2016

Elakkan fb di flag

Khas untuk mereka yang selalu run iklan di Facebook Ads. Anda tak akan terlepas daripada kemungkinan akaun ads di Flag.

Artikel ini dikongsikan berdasarkan pengalaman seorang rakan saya, saya gelarkan beliau ‘brader H’. Beliau dah hampir 2 tahun main niche panas & tip ini saya dah buat sendiri secara praktikal untuk iklan klien saya (juga niche panas).

Artikel ini tidak membahaskan bagaimana nak ‘pujuk’ Facebook kembalikan akaun yang telah di Flag. Harap maklum.

Artikel ini hanya berkongsi tip bagi mengelakkan akaun Facebook anda di Flag tanpa notis. Jadi pastikan anda baca satu per satu nasihat ini.

Terma yang saya guna mungkin agak advance & saya banyak guna bahasa rojak (Melayu & Inggeris) untuk memudahkan kefahaman. Jadi bagi orang baru, artikel ini kurang sesuai untuk anda.

1. Elak daripada run lebih 1 kempen/adset serentak.

Jika anda baru siap menulis copywriting.

Dalam masa yang sama, anda tak pasti copywriting itu mematuhi peraturan Facebook atau tidak. Ini perkara yang anda patut elakkan.

Saya percaya ada ramai yang suka run 5-10 adset serentak. Ia memang menjimatkan masa. Tapi dalam masa yang sama, ia membahayakan ‘nyawa’ akaun Facebook anda.

Berdasarkan pengalaman. Jika kempen iklan ada ‘Not Approved’ sebanyak 3 kali berturut-turut. Akaun Iklan anda sedang dalam bahaya. Bila-bila masa mereka (Staf Facebook) akan flag akaun iklan anda tanpa beri sebarang amaran & notis.

Apa patut anda buat?


Run dulu 1 iklan untuk copywriting yang anda baru siap tu. Lihat adakah ia diterima & lulus. Jika lulus, baru fikirkan untuk tambah iklan lain dengan copywriting tersebut.

2. Jika iklan anda tidak ‘Approve’ kurang 15 minit.

Itu satu petanda buruk. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan iklan yang anda run akan di’review’ oleh robot. Kecuali jika robot tak boleh ‘buat keputusan’.

Disaat itu, manusia yang akan ganti robot. Sudah tentu syaratnya lebih ketat. Anda mungkin rasa, staf Facebook tak faham bahasa melayu.

Berita kurang baiknya. Facebook dah buka cawangan di Malaysia bermula tahun 2016. (ada staf yang berbangsa cina, india & juga melayu).

Apa patut anda buat?


Jika iklan masih tak ‘Approve’ lebih 15 minit.

Kalau anda berani tanggung risiko, tunggu sampai 45 minit. Kalau nak selamat, delete iklan tu dan buat iklan baru. Lagi satu, pastikan akaun yang telah ‘Not Approve’ di hapuskan (delete).

Ia bagi mengelakkan ‘maruah’ akaun iklan anda dinilai sebagai ‘berpotensi untuk diflag’.

3. Elak guna perkataan sensitif secara berulang-ulang.

Perkataan seperti jerawat, gemuk, boroi, buncit, ketat & sebagainya. Walaupun dalam rule Facebook ia antara perkataan panas. Ikut pengalaman saya sendiri. Sebenarnya ia boleh diguna. Cuma…

Jangan diletak pada bahagian headline atau tajuk secara terang-terang. Namun ia boleh diguna di dalam copywriting & syaratnya tidak terlalu kerap.

Contoh yang tak boleh dibuat: “Jerawat tak hilang lagi. Mesti sakitkan bila tengok jerawat tu. Rasa macam nak picit jer. Tapi takut berbekas pulak jerawat ni.”


Perhatikan! Perkataan jerawat diulang banyak kali dalam satu perenggan. Ia memang betul-betul mengundang bahaya untuk akaun ads anda. Berhati-hati lah ya.

Lagi bagus anda guna perkataan lain selain ‘jerawat’. Tapi membawa maksud yang sama. Kena banyak buat survey untuk dapat perkataan ini.

Disclaimer: Setiap situasi mungkin berlainan. Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya & nasihat daripada brader H. Tiada sebarang jaminan ia 100% berkesan untuk anda.

4. Fokus copywriting berbentuk ‘Hasil Selepas’ berbanding ‘Kisah Silam’. (Tip Bonus)

Apa hasil yang orang nak? Nak hensem, nak cantik, nak kaya, nak bahagia & sebagainya. Jadi cuba fokus pada perkara yang memberi harapan berbanding mengingatkan kisah silam.

Ini contohnya:

“Nak miliki tubuh yang tegap?” (Fokus pada hasil selepas)“Ada masalah perut buncit?” (Fokus pada kisah silam/semasa)

Dua-dua copywriting ini masih berkesan. Cuba dalam konteks pengiklanan berbayar di Facebook. Mereka lebih suka jika kita cerita tentang keinginan prospek berbanding fokus pada masalah semasa.

============
Dapat belajar sesuatu daripada artikel ini?
============

Boleh tolong klik butang share supaya rakan anda juga dapat manfaat daripada benda yang anda kongsikan.

Jika anda sendiri ada pengalaman dalam situasi ini & ada cara penyelesaian. Boleh kongsikan pengalaman itu dibahagian komen?

Pengalaman pahit bila dikongsi bersama. Terasa lega sedikit. Terima kasih.

Monday, August 1, 2016

PEMASARAN/MARKETING

PEMASARAN/MARKETING
----
Ramai tak faham kat sini dan sibuk duk complane"kenapa customer tak datang kat business ak".
.
.
Jantung dalam tubuh manusia, Kalau ia berdenyut maka darah akan berjalan..
.
.
Dalam business, Jantung ibarat pemasaran, lagi tinggi cost makerting di naikan, Ibarat Jantung sedang berlari, Ia bermaksud semakin banyak prospek yang datang dan potensi untuk dapatkan sales dalam syarikat adalah tinggi.