Sunday, March 4, 2018

Kita betulkan operasi dalaman dahulu.

Student : Jualan saya sudah 100k sebulan. Bolehkah saya henjut bajet marketing kaw-kaw untuk capai 500k sebulan secepat mungkin?

Hasbul 'Ariff : Bertenang.

Kita betulkan operasi dalaman dahulu. Kuatkan struktur dalaman bisnes yang akan jadi pendokong kepada aktiviti marketing & sales. Kemudian baru henjut.

Khuatir apabila henjut terlalu awal dengan struktur bisnes yang rapuh, jualan dengan angka gah pada satu masa itu bukan menjadi aras baru kejayaan. Ia akan jadi satu titik kejatuhan.

Kita tidak mahu capai hanya sekali, gempar satu dunia, kemudian gagal capai konsistensi.

Kerja-kerja untuk cepat naik ke atas berbeza dengan kerja-kerja untuk konsisten sentiasa berada di atas.

Akibat kegelojohan, sudah banyak kisah gempak jualan berangka-angka ini sudah terkubur, menjadi sejarah. Kita tidak mahu lalui cara dan jalan yang sama.