Tuesday, April 11, 2017

[TIPS UNTUK SELLER ONLINE]

[TIPS UNTUK SELLER ONLINE]
.
7 CARA CREATE TRUST UTK BINA KEYAKINAN PROSPEK BELI PRODUK ANDA SECARA ONLINE.
.
.
#Share dulu post ni utk save di wall fb anda.
.
.
1. GAMBAR PROFILE WHATSAPP mestilah gambar 'real'. Jangan letak gambar produk atau logo produk.. Cari gmbr anda yg paling cantik / hensem yg anda pernah ada. Then letakkan kat profile. Bagi saya, letak gambar anda skali dgn wife/anak2/family lg power.. org akan lebih confident bila tgk gambar 'real' people berbanding gmbr lain2.
.
.
2. PERKENALKAN DIRI DULU sblm bg harga or jawab soalan yg dia tny. Cth: "Salam, saya Hafizi dari Biobax HQ Shah Alam. Puan ada tinggalkan no.hp di ruangan komen utk saya whatsapp puan. Boleh saya tahu......bla bla bla.. dgn cara ini, kita sebenarnya bg prospek 'comfort' dgn kita.. dan dia tahu kita ni seorang yg 'polite' gituu..
.
.
3. CUBA OFFER 'COD' DULU. Ini tips best.. first, cuba offer bakal customer tu utk dtg COD kt tempat anda dulu... cth: "Lokasi kami di Seksyen 7 Shah Alam. Puan boleh dtg sini utk beli dgn kami? " ( walaupun anda tahu dia duk johor, cuba offer dulu mcm ni awal2 lagi.) Reasonnya adalah, kita nak prospek tahu yg kita ni BERANI utk jumpa utk beli brg secara depan2.
.
.
4. BAGI NO.AKAUN COMPANY. Bila dia minta no.akaun, elakkan guna no.akaun personal. Daftarlah ssm dan buka akaun company. Dgn cara ini, customr akan lebih trus mudah transfer sbb dia akan fikir kita ni mmg serius berbisnes. Dan kalau boleh, bagi  2-3 no.akaun skaligus.. Kalau tak boleh daftar company sbb keja gomen, guna je nama adik beradik lain utk daftar company.. sbb ada sesetengah department xbagi bukak ssm kan..
.
.
5. BAGI GAMBAR BISNES KAD. Ramai seller abaikan ini. Padahal ianya sgt2 lah penting. Kt bisnes kad, pastikan ada logo, nama company, no.ssm, nama, no.hp dan alamat. Biasanya buyer takkan mintak bisnes kad kita. Tapi kita bagi jugak sbb kita taknak dia ragu2 dgn kita. Kalau dia tgk kita berani bg bisnes kad, dia akan fikir kita ni betul2 ada bisnes yg wujud.
.
.
6. BUAT WEBSITE. Usahakan jugak buat website yer kawan2..  website simple tapi smart. Kalau x pandai, xpayah gatal2 nak pegi belajar buat website. Buang masa. Baik upah orang saja. Skrg pun masih ada lg org yg ambik upah rm300-rm500 je utk siapkan website yg simple. Ingat ya.. tujuan kita buat website bukannya utk org beli brg melalui website. Tapi kita nak org masuk website kita dan Bina Trust kt kita.. last2 diorang pun lebih suka membeli melalui whatsapp jugak kan..
.
.
7. ARTIS / BLOGGER REVIEW. Orait, yg ni pun one of the important part. Psikologi org membeli sbb dia lihat ada org lain yg beli.... cth: ada kawan2/sedara dia beli, so barulah dia yakin nak beli.. jadi, dlm kes ni, cuba spend sikit wang utk dptkan artis review produk. Minta artis pegang produk, dan selfie.. dgn cara ni, org akan lebih trust sbb dia akan fikir "artis tu pun dah guna produk tu, takkan aku xboleh guna?". Betul tak? Samalah jugak dgn blogger.. upah blogger utk review kt blog masing2... then bila org Google, dia akan keluar blog tu menceritakan ttg produk kita.. jadi secara tak langsung, org akan Trust utk beli produk dgn kita.. (walaupun anda jadi ejen produk orang lain, anda boleh jugak buat macam ni, nanti letak la no.hp anda terus kat review artis / blogger tu...)
.
.
.
Dapat belajar sesuatu dari post ni? Banyak lagi point lain sebenarnya... cukup yang ni dulu setakat ni...
.
.
Jemput #Share la yer.. smoga dpt bantu kawan2 lain jugak.
.
.
.
Lagi byk share, lg semangat utk sy bagi tips lain pulak.
.
Jgn lupa follow saya ya.
.
.
.
.

#tipsbisnes