Tuesday, August 2, 2016

Elakkan fb di flag

Khas untuk mereka yang selalu run iklan di Facebook Ads. Anda tak akan terlepas daripada kemungkinan akaun ads di Flag.

Artikel ini dikongsikan berdasarkan pengalaman seorang rakan saya, saya gelarkan beliau ‘brader H’. Beliau dah hampir 2 tahun main niche panas & tip ini saya dah buat sendiri secara praktikal untuk iklan klien saya (juga niche panas).

Artikel ini tidak membahaskan bagaimana nak ‘pujuk’ Facebook kembalikan akaun yang telah di Flag. Harap maklum.

Artikel ini hanya berkongsi tip bagi mengelakkan akaun Facebook anda di Flag tanpa notis. Jadi pastikan anda baca satu per satu nasihat ini.

Terma yang saya guna mungkin agak advance & saya banyak guna bahasa rojak (Melayu & Inggeris) untuk memudahkan kefahaman. Jadi bagi orang baru, artikel ini kurang sesuai untuk anda.

1. Elak daripada run lebih 1 kempen/adset serentak.

Jika anda baru siap menulis copywriting.

Dalam masa yang sama, anda tak pasti copywriting itu mematuhi peraturan Facebook atau tidak. Ini perkara yang anda patut elakkan.

Saya percaya ada ramai yang suka run 5-10 adset serentak. Ia memang menjimatkan masa. Tapi dalam masa yang sama, ia membahayakan ‘nyawa’ akaun Facebook anda.

Berdasarkan pengalaman. Jika kempen iklan ada ‘Not Approved’ sebanyak 3 kali berturut-turut. Akaun Iklan anda sedang dalam bahaya. Bila-bila masa mereka (Staf Facebook) akan flag akaun iklan anda tanpa beri sebarang amaran & notis.

Apa patut anda buat?


Run dulu 1 iklan untuk copywriting yang anda baru siap tu. Lihat adakah ia diterima & lulus. Jika lulus, baru fikirkan untuk tambah iklan lain dengan copywriting tersebut.

2. Jika iklan anda tidak ‘Approve’ kurang 15 minit.

Itu satu petanda buruk. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan iklan yang anda run akan di’review’ oleh robot. Kecuali jika robot tak boleh ‘buat keputusan’.

Disaat itu, manusia yang akan ganti robot. Sudah tentu syaratnya lebih ketat. Anda mungkin rasa, staf Facebook tak faham bahasa melayu.

Berita kurang baiknya. Facebook dah buka cawangan di Malaysia bermula tahun 2016. (ada staf yang berbangsa cina, india & juga melayu).

Apa patut anda buat?


Jika iklan masih tak ‘Approve’ lebih 15 minit.

Kalau anda berani tanggung risiko, tunggu sampai 45 minit. Kalau nak selamat, delete iklan tu dan buat iklan baru. Lagi satu, pastikan akaun yang telah ‘Not Approve’ di hapuskan (delete).

Ia bagi mengelakkan ‘maruah’ akaun iklan anda dinilai sebagai ‘berpotensi untuk diflag’.

3. Elak guna perkataan sensitif secara berulang-ulang.

Perkataan seperti jerawat, gemuk, boroi, buncit, ketat & sebagainya. Walaupun dalam rule Facebook ia antara perkataan panas. Ikut pengalaman saya sendiri. Sebenarnya ia boleh diguna. Cuma…

Jangan diletak pada bahagian headline atau tajuk secara terang-terang. Namun ia boleh diguna di dalam copywriting & syaratnya tidak terlalu kerap.

Contoh yang tak boleh dibuat: “Jerawat tak hilang lagi. Mesti sakitkan bila tengok jerawat tu. Rasa macam nak picit jer. Tapi takut berbekas pulak jerawat ni.”


Perhatikan! Perkataan jerawat diulang banyak kali dalam satu perenggan. Ia memang betul-betul mengundang bahaya untuk akaun ads anda. Berhati-hati lah ya.

Lagi bagus anda guna perkataan lain selain ‘jerawat’. Tapi membawa maksud yang sama. Kena banyak buat survey untuk dapat perkataan ini.

Disclaimer: Setiap situasi mungkin berlainan. Apa yang saya tulis ini berdasarkan pengalaman saya & nasihat daripada brader H. Tiada sebarang jaminan ia 100% berkesan untuk anda.

4. Fokus copywriting berbentuk ‘Hasil Selepas’ berbanding ‘Kisah Silam’. (Tip Bonus)

Apa hasil yang orang nak? Nak hensem, nak cantik, nak kaya, nak bahagia & sebagainya. Jadi cuba fokus pada perkara yang memberi harapan berbanding mengingatkan kisah silam.

Ini contohnya:

“Nak miliki tubuh yang tegap?” (Fokus pada hasil selepas)“Ada masalah perut buncit?” (Fokus pada kisah silam/semasa)

Dua-dua copywriting ini masih berkesan. Cuba dalam konteks pengiklanan berbayar di Facebook. Mereka lebih suka jika kita cerita tentang keinginan prospek berbanding fokus pada masalah semasa.

============
Dapat belajar sesuatu daripada artikel ini?
============

Boleh tolong klik butang share supaya rakan anda juga dapat manfaat daripada benda yang anda kongsikan.

Jika anda sendiri ada pengalaman dalam situasi ini & ada cara penyelesaian. Boleh kongsikan pengalaman itu dibahagian komen?

Pengalaman pahit bila dikongsi bersama. Terasa lega sedikit. Terima kasih.

Monday, August 1, 2016

PEMASARAN/MARKETING

PEMASARAN/MARKETING
----
Ramai tak faham kat sini dan sibuk duk complane"kenapa customer tak datang kat business ak".
.
.
Jantung dalam tubuh manusia, Kalau ia berdenyut maka darah akan berjalan..
.
.
Dalam business, Jantung ibarat pemasaran, lagi tinggi cost makerting di naikan, Ibarat Jantung sedang berlari, Ia bermaksud semakin banyak prospek yang datang dan potensi untuk dapatkan sales dalam syarikat adalah tinggi.