Tuesday, February 13, 2018

5 SOALAN ASAS PERLU DIJAWAB SEBAGAI GAMBARAN AWAL SEBELUM MEMASUKI PASARAN

5 SOALAN ASAS PERLU DIJAWAB SEBAGAI GAMBARAN AWAL SEBELUM MEMASUKI PASARAN :

1. Siapa segmen pelanggan kita?

Bina profil pelanggan terlebih dahulu.

+ Demographic - Apa latarbelakang mereka. Umpama biodata lengkap.
+ Psychographic - Apa sikap, minat, keinginan, ketakutan mereka.
+ Geographic - Di mana mereka berada atau berkumpul.
+ Behavioral - Apa tingkah laku mereka membeli.

.
2. Siapa pesaing-pesaing kita?

Senaraikan 5 pesaing utama. Buat kajian pesaing tentang :

+ Produk
+ Harga
+ Tawaran nilai
+ Khidmat pelanggan
+ Sales funnel

dan sebagainya.

Kajian pesaing bukan untuk berlawan dengan cara memburukkan mereka. Ia untuk memudahkan kita untuk tampilkan kelainan.

.
3. Apakah solusi yang mahu kita tawarkan kepada bakal pelanggan?

Ketika ini kita fikirkan produk apa mahu dijual. Atau perkhidmatan apa kita mahu tawarkan.

Mulakan dengan modal rendah dahulu. Tidak lebih RM1k. Maksimum RM3k. Ia fasa 'validation'. Bahasa mudah, mahu test market.

Dengan solusi beserta nilai ditawarkan itu, berapa harga yang berpotensi tinggi untuk diterima bakal pelanggan.

Ingat ini - Tidak kira betapa murahnya harga produk kita, jika kita gagal 'persembahkan' nilai dengan baik, pelanggan tetap tidak membeli.

Apabila menunjukkan penerimaan positif (mesti ada angkanya untuk ukur), barulah kembangkan modal.

.
4. Apakah USP produk kita? Unique Selling Point.

Bahasa mudah, apakah kelebihan dan keunikan yang ada pada produk kita, yang pelanggan tidak dapat sepenuhnya apabila mereka membeli daripada pesaing lain.

Apakah kelompongan (tidak dapat sepenuhnya) itu? Dan kita berjaya tutup dan penuhi kehendak mereka. Lalu kita dijadikan pilihan. Apakah ia? Fikirkan dan senaraikan.

Tanpa USP, kita muncul ke dalam market seperti lambakan produk lain. Kehadiran produk kita sekadar menambah statistik produk gagal.

Akibat tidak laku, produk itu menjadi 'artifak sejarah di bawah katil' atau boleh dibuat sendal pintu.

.
5. Apakah 'marketing channel' yang sesuai untuk digunakan?

Nak guna platform apa untuk 'approach' pelanggan sasaran?

Mahu guna platform online atau offline? Tiap platform mempunyai cara berbeza walaupun asasnya sama.

Atau perlu guna cara lain untuk tarik minat mereka. Contohnya seperti tarik mereka berkumpul di satu tempat, beri konten, bina hubungan dan kepercayaan terlebih dahulu kemudian baru jual.

Tempat itu boleh jadi blog, FB page, personal FB, insta, telegram channel, group komuniti, atau sama waktu dengannya.

No comments:

Post a Comment