Wednesday, February 21, 2018

MEMBINA CLOSING TEAM YANG SCALEABLE (PART1)

MEMBINA CLOSING TEAM YANG SCALEABLE (PART1)
.
===========
[REPOST : dulu poknik taip ni kat profile yang lagi satu, so poknik nak pindahkan ke sini]
===========

.
Jika mahu mendapat keuntungan yang berlipat ganda, kita mesti membuat closing yang mantap. Dan closing yang mantap ini kena diulang beribu kali.
.
Jika anda untung RM20 atas setiap produk, dan anda close sale 10 orang setiap hari, maka untung harian anda ialah RM200 dan untung bulanan anda ialah RM6000.00
.
Jika anda mampu scale up closing anda kepada 100 orang sehari, maka untung anda ialah RM60k sebulan
.
dan jika anda mampu scale up lagi closing anda kepada 500 orang sehari, maka untung anda ialah RM300k sebulan.
.
Beberapa isu yang perlu ditangani
1. Seorang operator closing hanya mempunyai kemampuan yang terhad untuk close.
.
SOLUTION – gunakan lebih ramai operator
.
Sebelum ini dapat dijalankan, terdapat berbagai isu yang perlu di tangani terlebih dahulu. Jika tidak kita akan membuang wang kerana pengurusan prospek , closing dan follow up yang tidak cekap.
.
Untuk boleh scale up kepada lebih ramai operator, kita kena uruskan beberapa isu terlebih dahulu.
.
FASA AWAL- OPERASI SATU ORANG OPERATOR CLOSING
.
Di peringkat ini kita masih lagi berbicara mengenai isu menggunakan seorang sahaja operator untuk menjawab wassap pelanggan. Kita masih belum lagi menambah jumlah operator. Jumlah operator hanya patut ditambah jika kita sudah mencapai kecekapan maksimum seorang operator supaya ktia boleh duplicate kepada operator yang lain.
.
Isu #1 : SKRIP CLOSING DAN FOLLOW UP PERLU DIJADIKAN LEBIH EFEKTIF
.
Untuk ini perlu ada satu kumpulan RnD yang test pelbagai skrip dan approach. Biasanya ini dijalankan oleh produk owner ataupun main stockiest ataupun oleh consultant yang diupah. Bayar duit consultant sikit supaya boleh bergerak lebih laju dan produk owner boleh focus untuk mengembangkan company.
.
Isu #2 : skrip yang sudah siap di RnD dan sudah dibuktikan berkesan, perlu digunakan sekerap mungkin.
.
Ini bermakna, kena bawa prospek lebih ramai kepada iklan tersebut. Ini bermakna kos iklan perlu dinaikkan. ( Untuk discussion ini, isu optimizing ads tidak akan disentuh dan dianggap audience profiling sudah finalized)
.
Kos ads boleh dinaikkan menjadi lebih tinggi dengan pelbagai cara. Antara cara yang popular ialah dengan membina beberapa page lagi yang menjalankan ads dengan menggunakan targeting audience yang sudah dioptimize. Jika ada lebih dari satu page, maka setiap page tersebut akan menggunakan profile audience yang sama, tetapi dipisahkan dengan setting geografi atau umur ataupun apa yang difikirkan perlu. Setiap setting mempunyai kelebihan sendiri, tetapi tidak akan dibincangkan disini.
.
Selain dari menggunakan fb pixel , Google retargeting juga perlu digunakan sebaik mungkin supaya kadar awareness tinggi dan prospek tersebut akan menghubungi nombor telefon yang tertera.
.
Website shopping cart juga boleh disediakan jika mahu, walaupun begitu, penetration online shopping di Malaysia masih rendah dan pengguna Malaysia masih sukakan cara tradisional yang menggunakan wassap.
.
Secara kasar Malaysia ketinggalan lebih kurang 10-15 tahun berbanding dengan Negara maju seperti Uk yang online shopping penetration ialah pada 87%. Malaysia berada pada 14%.
.
Jika kita berkeras untuk guna webpage atau shopping cart semata-mata, maka kita membazirkan leads sebanyak 86% yang tidak akan membeli melalui shopping cart.
.
Isu #3:LEBIH TINGGI KOS ADS, LEBIH TINGGI TRAFFIC – KAPASITI CLOSING TEAM MAXED OUT
.
Ini bermakna, walaupun leads banyak masuk, closing team tidak mempunyai kemampuan untuk melayan mereka semua. Dan bottleneck ini mesti diatasi.
.
- Boleh guna telefon yang lebih berkuasa tinggi ini akan membolehkan telefon tersebut menerima dan menguruskan lebih banyak wassap yang masuk. Ini akan dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kepenatan. Invest sedikit RM untuk membeli satu telefon berspesifikasi tinggi untuk task closing yang cekap
.
Satu lagi faktor yang perlu di perhatikan ialah masa yang diambil oleh operator itu sendiri dalam menguruskan setiap mesej. Jika masa menguruskan setiap mesej dapat dijimatkan, maka masa menunggu setiap prospek ketika dalam proses closing akan dapat dikurangkan. Ini adalah satu key factor yang sangat penting.
.
- Organizing data dalam telefon perlu cekap. Data yang perlu disusun dengan baik ialah data yang melibatkan skrip respon, gambar produk, gambar testimoni, gambar harga dan lain lain. Data multimedia seperti voice note audio dan video juga perlu disusun dengan baik jika ada.
.
- Skrip closing boleh disimpan didalam applikasi clipper
.
- Gambar boleh disimpan didalam applikasi gallery dan mengasingkan mengikut subfolder. Satu subfolder –maksimum 10 gambar sahaja sebab wassap hanya boleh maksimum 10 gambar dalam satu send. Ini jimatkan masa x payah kira berapa gambar yang dah di select
.
- Mp3 atau voice note .amr boleh disimpan didalm satu folder khas dalam file explorer.
.
- Telefon yang digunakan perlulah merupakan telefon khas untuk produk tersebut, jangan serabutkan ia dengan gambar peribadi atau gambar selfie atau nota marketing. Itu telefon closing dan jangan campur aduk dengan benda lain kerana closing ialah step terakhir sebelum duit berpindah tangan.
- .
Di peringkat ini proses RnD masih berjalan sebab kita masih bergantung dengan satu operator sahaja. Threshold yang kita perlu capai ialah 40% success rate. Lagi 60% tu perlu kita uruskan melalui proses follow up wassap broadcast. Percentage ini bergantung kepada produk yang dijual, price structure dll. Kalau jual aiskirim RM1 – closing kena 100% pada interaksi pertama.
.
Perkara yang perlu dicatat pada peringkat ini
i. jumlah leads yang dapat pada setiap hari ( samada dia wassap dulu atau kita wassap dulu – x mengapa)
.
ii. jumlah closing straight dalam perbualan pertama (perlu capai 40%)
.
Bila kita dah capai 40% closing pada interaksi pertama, maka skrip itu sudah cukup matang untuk di guna pada skala lebih besar.
.
P/S: search topik "membina momentum bisnes" untuk melihat artikel2 yang berkaitan

No comments:

Post a Comment