Wednesday, February 21, 2018

IKLAN JADI MAHAL? JANGAN MENGGELABAH! GUNA 6 CHECKLIST NI UNTUK CHECK:


.
Sebelum anda buat keputusan untuk delete iklan anda yang dah makin mahal atas alasan market dah tepu. Tengok 6 benda di bawah ni dulu:
.
1. Tengok CTR
.
Biasanya bila iklan kita dah run lama. CTR makin berkurang. FB menggunakan CTR sebagai salah satu indikator utama untuk tahu iklan itu relevan atau tidak dengan pengguna.
.
Semakin rendah CTR, semakin tinggi kos yang anda perlu bayar.
.
Solution? Buat iklan baru. Sama ada boleh tukar gambar atau copywriting.
.
.
2. Tengok komen di iklan
.
Biasanya, iklan jadi mahal bila ada komen negatif yang ditinggalkan oleh orang. Yelah, cuba bayangkan anda iklankan produk anda di billboard.
.
Tiba-tiba ada orang conteng billboard anda cakap "Mak ko ijau!". Mesti orang dah tak fokus kepada iklan anda. Hanya fokus kepada "Betul ke mak anda hijau?"
.
Solution? Tak payah layan orang yang komen negatif. Ban & delete komen tu.
.
.
3. Tengok frequency
.
Frequency ni maksud dia 'dah berapa kali orang tengok iklan anda?'. Kalau frequency anda terlalu tinggi (contoh: 10) Boleh jadi orang dah muak dan lali tengok iklan anda.
.
Akibatnya, anda akan mendapat respon yang berkurang. Kos pun makin bertambah.
.
Solution? Buat iklan guna angle baru. Guna idea baru.
.
.
4. Tengok berita semasa
.
Kadang-kadang berita semasa yang besar boleh beri impak kepada iklan anda.
.
Saya masih ingat lagi, ketika tu saya buat iklan untuk salah satu produk saya. Kos memang rendah dan stabil berbulan-bulan lamanya.
.
Tapi tiba-tiba, ada satu hari tu, iklan saya terus jadi mahal gila. Saya terkejut. Dah check 3 benda di atas, semua ok. Saya tak ada tukar setting pun.
.
Bila saya buka TV, baru saya tahu. Ada kejadian kapal terbang melanggar World Trade Center di US.
.
Solution? Tengok website untuk berita semasa
.
.
5. Tengok hari cuti atau perayaan umum
.
Biasanya, bila time perayaan atau cuti umum, kos iklan akan meningkat naik.
.
Mungkin orang tak online dan pergi bercuti bersama family. Nak makan ketupat atau pergi naik tangga Batu Caves
.
Solution? Kena berjaga-jaga bila ada cuti umum.
.
(Ada produk yang makin laju bila time cuti so kena test)
.
.
6. Tengok profile Khairi Ariff & follow see first beliau.
.
Bila anda rasa lemah semangat, tidak bermaya dan ingin berputus asa. Tataplah muka saya yang berseri-seri ini.
.
InsyaAllah, semangat itu akan datang kembali.
.
.
Since saya dah lama tak tulis benda bermanfaat yang panjang-panjang. Bagi lah like, komen pendapat anda & share tag kawan-kawan sekali.
.
Mana tahu bila saya dapat riban-riban share, saya bersemangat untuk tulis lagi. Hehe.

No comments:

Post a Comment